hah lawak!!!
Sepasang petani suami isteri pulang ke rumah setelah berbelanja.ketika mereka membuka barang perbelanjaan, seekor tikus memerhati gelagat mereka. ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. sang tikus panik bukan kepalang. tikus bergegas lari ke sarang ayam dan bertempik. tikus mengaadu kepada ayam "ada perangkap tikus di rumah. ada perangkap tikus!"
"tuan tikus! aku turut bersedih tapi ia xda kena mengena dengan aku", jawab ayam. tikus pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. "aku pun turut bersimpati, tapi x ada apa yang boleh aku buat. lagipun hal ini x ada kena mengena dengan aku", jawab kambing dengan selamba. tikus menemui sapi dan mendapat jawapan yang sama seperti sebelumnya, "maafkan aku tikus,perangkap itu xsama sekali berbahaya buat aku,xkanlah sebesar aku ini boleh masuk ke perangkap tikus", kata sapi yang sekali gus menerbitkan rasa kecewa di hati tikus.
dengan rasa kecewa tikus berlari ke hutan menemui ular. seperti yang sebelumnya juga, ular memperlekehkan kebimbangan tikus.
akhirnya tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
satu malam, pemilik rumah terbangun mendengar perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan sudah mengena. ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut dan terus membawa isterinya ke rumah sakit.
beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang, namun tetap sahaja demam. isterinya minta dimasakkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. tanpa berfikir panjang, si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki ayam yang akan dibuat sup untuk isterinya.
beberapa hari kemudian sakitnya xkunjung reda. seorang teman menyarankan si isteri untuk makan hati kambing. lalu menyembelih kambingnya untuk mendapatkan hatinya. masih juga isterinya xsembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. ramai yang datang melawat jenazahnya. kerana rasa sayang suami pada isterinya, xsampai hati pula dia melihat orang ramai xdijamu apa-apa. tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
dari kejauhan tikus menatap penuh kesedihan. xdisangka, kawan-kawannya yang suatu waktu dahulu percaya perangkap tikus itu xada kena mengena dengan mereka akhirnya terlibat dan nyawa mereka juga....
uurrmmmm....banyak pengajaran tu taw...
fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan