Isnin, 6 Julai 2015

knock2 Ramadhan

RESEPI KEK BATIK



Bahan-bahannya:



1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko 
*tak letak pun xpe*
3) ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut meri (plain)
6) 1 sk esen vanilla 
*tak letak pun xpe*

Cara penyediaan :



1) Cair kan butter dalam periuk.. bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati..api sederhana..



2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati..
Pastikan tiada milo yg berketul2..



3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padam api..



4) Masukkan biskut yg telah di patah kan ke dalam periuk dan gaul rata..(biskut meri tu boleh patah 4.. patah 2 boleh.. tapi jangan sampai hancur okeh..)



5) Masukkan dalam bekas/Loyang yg sudah dialas dgn plastic.. (letak plastic untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti)



6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk at least 4 jam supaya keras..

Siap.. untuk memudahkan potong boleh keluarkan 30minit before potong..
Boleh la dimakan bersama2 air kosong.. hahaha.. 

Nape air kosong?? 
Sebab kek batik ni kan dah manis.. so tak yah la minum air manis lagi.. hihi..
Tp resepi kek batik yg ibu dilah buat ni tak berapa manis sgt.. 
Sbb ibu dilah tak suka manis sgt.. lagi satu sebab ibu dilah ada letak serbuk koko vanhaunten.. serbuk koko ni kan pahit sikit..
So dpt la mengurangkan rasa manis tu.

Sedikit TIPS:

** Kalau suka kek batik yg rangup, lebih baik jgn campur biskut meri dalam campuran milo yg dah masak.. ikut kaedah susun biskut lapis coklat susun biskut lapis coklat.. 

** Kalau suka kek batik yg lembut, semasa sediakan campuran coklat tu, patah2 kan biskut dulu.. bagi biskut tu lemau sikit.. so, kek batik tu akan rasa lembut.. 

SELAMAT MENCUBA

PENUBUHAN MAKTAB MAHMUD


  • Al-Maahad Al-Mahmud ditubuhkan pada hari Jumaat, 29 Rabiul Awal 1355 bersamaan 19 Jun 1936.
  • Di beri nama Al-Maahad Al-Mahmud adalah bersempena Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah.
  • Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam.
  • Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama.
  • Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maktab Mahmud Alor Star.
  • Pada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.
  • Menjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star, Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik, Baling, Bandar Baharu dan Kulim.
  • Pada tahun 1967, Maktab Mahmud telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.
  • Melalui Enakmen ini, pentadbiran Maktab Mahmud adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud (Lembaga).
  • Keanggotaan Lembaga adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, 10 orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
  • Bidang kuasa Lembaga meliputi perkara pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, dan pengurusan pendidikan.
  • Lembaga berkuasa membuat dasar, merancang pembangunan dan membuat keputusan berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan pendidikan Maktab Mahmud.

4 Keutamaan Bulan Ramadhan Berbanding Bulan Lain..


Keutamaan Bulan Ramadan dibanding bulan lain, ada empat:
Pertama: Di dalamnya ada malam yang lebih baik di antara malam-malam setahun, yaitu Lailatul Qadar. Allah berfirman :
{ إنا أنزلناه في ليلة القدر . وما أدراك ما ليلة القدر . ليلة القدر خير من ألف شهر . تنزّل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر . سلام هي حتى مطلع الفجر }
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS.Al-Qadar: 1-5).
Maka ibadah pada malam ini lebih baik (dibandingkan) beribadah seribu bulan
Kedua: Di bulan ini diturunkan kitab yang paling mulia (Al-Quran) kepada nabi yang paling mulia alaihimus salam (Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam).
Allah berfirman:
  { شهر رمضان الذي أُنزل فيه القرآن هدى للناس وبيّنات من الهدى والفرقان } البقرة / 158
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” (QS. Al-Baqarah: 185)
Allah juga berfirman:
{ إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين .فيها يُفرق كل أمر حكيم . أمراً من عندنا إنا كنا مرسِلين } الدخان / 3-5
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad-Dukhan: 3-5)
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani dalam  Kitab Mu’jam Al-Kabir dari Watsilah bin Al-Asyqa’ radhiallahu’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallambersabda:
( أُنزلت صحف إبراهيم أول ليلة من شهر رمضان ، وأُنزلت التوراة لِسِتٍ مضت من رمضان ، وأُنزل الإنجيل لثلاث عشرة مضت من رمضان ، وأُنزل الزبور لثمان عشرة خلت من رمضان ، وأُنزل القرآن لأربع وعشرين خلت من رمضان ) . حسنه الألباني في السلسلة الصحيحة (1575)
Shuhuf (lembaran-lembaran wahyu) Ibrahhim diturunkan pada awal bulan Ramadan, Taurat diturunkan setelah enam hari bulan Ramadan, Injil diturunkan setelah tiga belas hari bulan Ramadan, Zabur diturunkan setelah delapan belas hari bulan Ramadan dan Al-Qur’an diturunkan setelah duapuluh empat bulan Ramadan”. (Dihasankan oleh Al-Albany dalam kitab Silsilah Al-Ahadits As-Shahihah, no.  1575)
Ketiga: Pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta para setan dibelenggu.
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda: ”Apabila bulan Ramadan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR.Muttafaq’alaih)
Diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda: ”Ketika bulan Ramadan datang, pintu-pintu rahmat dibuka, pintu-pintu jahanam ditutup dan syetan-syetan dibelenggu”. (Dishahihkan oleh Al-Albany dalam kitab shahih Al-Jami, no. 471)
Diriwayatkan oleh Tirmzi, Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah, dalam sebuah riwayat:
( إذا كان أول ليلة في شهر رمضان صُفِّدت الشياطين ومَرَدَة الجن ، وغلقت أبواب النار فلم يُفتح منها باب ، وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب ، وينادي منادٍ : يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر . ولله عُتقاء من النار وذلك كل ليلة ) . وحسنه الألباني في صحيح الجامع (759)
“Ketika awal malam bulan Ramadan  tiba, setan dan jin pembangkang dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang dibuka, pintu-pintu surga dibuka dan tidak ada satu pun pintunya yang ditutup. (Kemudian) ada penyeru yang berseru: “Wahai pencari kebaikan datanglah! Wahai pencari keburukan, berhentilah! Dan Allah menetapkan (orang-orang yang) dibebeskan dari siksa neraka, dan hal itu (terjadi pada) setiap malam.” (Dinyatakan hasan oleh Al-Albany dalam shahih Al-Jami’, no. 759).
Jika ada yang berkata, mengapa masih kita saksikan keburukan dan kemaksiatan banyak terjadi  di bulan Ramadan, padahal setan-setan telah dibelenggu. Mengapa hal itu dapat terjadi?
Jawabnya adalah bahwa perkara tersebut sedikit terjadi pada orang yang menjaga syarat-syarat dan adab berpuasa. Atau bahwa yang dibelenggu adalah sebagian syetan yaitu setan yang membangkang bukan semuanya. Atau maksudnya adalah berkurangkan keburukan, dan hal ini sangat tampak sekali. Atau bahwa yang terjerumus dalam kemaksiatan pada bulan lebih sedikit dibandingkan pada bulan-bulan lainnya, karena pembelengguan semua setan tidak berarti harus tidak terjadi sama sekali keburukan dan kemaksiatan, karena ada sebab-sebab selain setan yang menyebabkan hal tersebut, seperti nafsu buruk, adat jelek dan setan (dari jenis) manusia. (Al-Fath, 4/145).
Keempat: Di bulan Ramadan banyak sekali ibadah-ibadah yang tidak dijumpai di bulan lain seperti puasa (wajib), qiyam (taraweh), memberikan makanan (berbuka), i’tikaf, shadaqah dan membaca Al-Qur’an.

Saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung semoga kita mendapat taufiq dan pertolongan untuk menjalankan ibadah puasa, qiyam, melakukan ketaatan dan meninggalkan kemunkaran. Segala puji hanya milik Allah (Tuhan) seluruh alam 

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung...setinggi-tinggu puji dan puja kepadaNya...rasa syukur,rindu, kasih dan syg padaNya yang mengatasi segala bentuk perasaan manusia...kagum, takjub dan kerdil melihat kehebatan Yang Maha Pencipta...Allahu Rabbi..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL KAREEM !!!!
bulan Ramadhan yang mulia dan agung telah menghampiri kita. Saat di mana Allah memperbesar pahala, melipatgandakan ganjaran, dan membuka pintu-pintu kebaikan bagi orang-orang yang menginginkannya.
Di antara hadits yang agung yang menunjukkan keutamaan bulan Ramadhan adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين” رواه البخاري ومسلم واللفظ له
Jika telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dibelenggu” [Muttafaqun ‘alaihi]
Dalam riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam juga bersabda :
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ. وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَ ذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan, setan-setan dan jin-jin yang sangat jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang terbuka, sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yang ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘Wahai orang yang menginginkan kebaikan kemarilah. Wahai orang-orang yang menginginkan kejelekan tahanlah.’ Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. At-Tirmidzi dalam Sunan-nya no. 682 dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya no. 1682, dihasankan Asy-Syaikh Albani rahimahullahu dalam Al-Misykat no. 1960)
Syaikh ‘Utsaimin rahimahullah menjelasakan ”Pintu-pintu surga dibuka pada bulan ini oleh karena banyaknya amal saleh yang dikerjakan, dan sekaligus untuk memotivasi umat islam agar melakukan kebaikan. Pintu-pintu neraka ditutup karena sedikitnya maksiat yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Setan-setan diikat dan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti di bulan-bulan selain Ramadhan.”  [Majaalisu Syahri Ramadhan, Syaikh ‘Utsaimin]


story

hah lawak!!!

Sepasang petani suami isteri pulang ke rumah setelah berbelanja.ketika mereka membuka barang perbelanjaan, seekor tikus memerhati gelagat mereka. ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. sang tikus panik bukan kepalang. tikus bergegas lari ke sarang ayam dan bertempik. tikus mengaadu kepada ayam "ada perangkap tikus di rumah. ada perangkap tikus!"
"tuan tikus! aku turut bersedih tapi ia xda kena mengena dengan aku", jawab ayam. tikus pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. "aku pun turut bersimpati, tapi x ada apa yang boleh aku buat. lagipun hal ini x ada kena mengena dengan aku", jawab kambing dengan selamba. tikus menemui sapi dan mendapat jawapan yang sama seperti sebelumnya, "maafkan aku tikus,perangkap itu xsama sekali berbahaya buat aku,xkanlah sebesar aku ini boleh masuk ke perangkap tikus", kata sapi yang sekali gus menerbitkan rasa kecewa di hati tikus.
dengan rasa kecewa tikus berlari ke hutan menemui ular. seperti yang sebelumnya juga, ular memperlekehkan kebimbangan tikus.
akhirnya tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
satu malam, pemilik rumah terbangun mendengar perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan sudah mengena. ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut dan terus membawa isterinya ke rumah sakit.
beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang, namun tetap sahaja demam. isterinya minta dimasakkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. tanpa berfikir panjang, si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki ayam yang akan dibuat sup untuk isterinya.
beberapa hari kemudian sakitnya xkunjung reda. seorang teman menyarankan si isteri untuk makan hati kambing. lalu menyembelih kambingnya untuk mendapatkan hatinya. masih juga isterinya xsembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. ramai yang datang melawat jenazahnya. kerana rasa sayang suami pada isterinya, xsampai hati pula dia melihat orang ramai xdijamu apa-apa. tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
dari kejauhan tikus menatap penuh kesedihan. xdisangka, kawan-kawannya yang suatu waktu dahulu percaya perangkap tikus itu xada kena mengena dengan mereka akhirnya terlibat dan nyawa mereka juga....
uurrmmmm....banyak pengajaran tu taw...

fikir-fikirkanlah. 

Ahad, 5 Julai 2015

halaman utama

PERIKSA MENGHAMPIRI!!

bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ni kita masih hidup dengan izin Allah. Walaupun kita sering buat salah, tapi Allah still bagi peluang kat kita untuk terus bertaubat kan. So, say alhamdulillah! Ana teringat kat semua kawan-kawan dan senior ana yang ketika ini sedang kalut berjuang dengan peperiksaan smramm dan kerja kursus geografi dan sejarah..huh geografi datang tanpa di jemput,sejarah terus sambung datang menghimpit....ahh!!!stress kami dibuat generasi budak KBAT ni.Dah la bulan ramadhan pulak tu.tpi ingatkan boleh lepas tekanan bila raya ni tapiii..after raya percubaan PT3 pulak!!.Setaraf STPM dah kami ni....apapon cubaan dariNya kami akan tetap berjuang hingga ke medan Perang!!!

Inshaallah akan buat yang terbaik demi masa depan masing-masing,demi makayah tercinta,demi guru-guru yang sanggup berjuang bersama-sama,demi maruah sekolah, dan akhir sekali lilahita'ala kepada sahabat-sahabat tersayang ana tahu memang perit lalui semua ini tapi kelak kita akan menemui kemanisannya..so never give up!!kita lalui sama-sama peksa yang sebenar dah nak dekat so jangan dok laqa gi ngoh..good luck for exam..doakn kami..

                                                    Maktab Mahmud Pendang